Tak rugi join sebab banyak aktiviti..belajar solat dhuha, solat hajat, buat eksperimen sains, belajar pengurusan jenazah, lawatan, belajar berpidato dan macam2..Hannan kata cuti sekolah next time nak join lagi :) Ustaz yang handle program ni buat group whatsapp dan rajin dia hantar gambar2 aktiviti budak2 ni. Suka sebab ko boleh tengok & tahu apa aktiviti diorang untuk hari2 tu.. Tapi tak kuasa la aku nak transfer gambar2 tu kan. So apa yang ada jer aku masukkan ;)
Di hari terakhir..sorang-sorang kena buat persembahan, berpidato atas pentas :)
Dapat sijil penyertaan
Senyum..sejuk hati mama tengok Hannan macam ni..
Malas nak cerita detail..ada amik gambar..banyak tapi share sikit je la kan. Dah tua2 ni (tua ke???) tak rajin sangat nak upload n update belog ;p
Gambar ni xtau berapa kali shot..yang ni agak ok sebab lain lain semua gegar gara2 diorang nak memujuk dak tecik tu bergambar sekali :)
Tengok la dik iyaz tu..syukur la ada gak termasuk dalam frame ;p Selfie sementara tunggu papa..
Bergambar depan akuarium piranha..masa sampai tu lagi 20 minit kul 4..kul 4 ada show..eh xde la show apa sangat cuma masa tu diorang bagi ikan2 piranha ni makan. Kagum bebudak ni tengok sekejap je licin angsa dikerjakan..hihi
Kuar dari aquaria tu makan jap..then lepak kat luar tengok air pancut..(kemestian kut bila gi klcc ngan budak2) pastu terus balik.
Memang kuar semata gi akuaria :)

No comments:
Post a Comment